
Kami merupakan butik andaman pengantin yang menawarkan perkhidmatan yang terbaik dan harga berpatutan. Kami mempunyai pelbagai rekaan baju pengantin terkini dan juga sesuai bagi pengantin bertudung. Kami juga mempunyai koleksi pelamin yang bakal menepati citarasa anda.
Kunjungilah kami yang terletak di Taman Bukit Katil, Melaka bagi melihat sendiri keunikan dan pelbagai pilihan busana pengantin. Kami sedia memberikan yang terbaik dan khidmat nasihat kepada bakal pengantin dalam persediaan menjelang hari yang bahagia.
Jika terdapat sebarang pertanyaan anda bolehlah meninggalkan pesanan di ruang pertanyaan dan kami akan menjawab dengan kadar segera.